Tuesday, September 1, 2015

Semester Terakhir Sebagai Pelajar Ijazah Sarjana Muda

Assalammualaikum.

Hai my beautiful blog, lama tak update awak ek.
Okay now aku sedang lepak di library sambil menonton online movie.
Macam relax je kan? Well, today is my first day of practical.
Practical kat mana? Dekat gim FSR UiTM Shah Alam lah.
Dia punya relax sangat sampai first day cuma perjumpaan dengan Prof Zul & kenal serba sikit pasal gim.

That's it. Itu sahaja untuk hari pertama yang hanya berlaku dalam 4 jam.

Hari ke sekian lepas ni maybe ada banyak kerja kot. Itu pun KOT lah.
Bukan kerja gim sahaja no no no, ada 2 kelas yang belum settle plus research.
Hopefully everything gonna be okay, amin.

Tak sangka kan, pejam celik pejam celik dah nak habis degree dah.
Mula-mula dulu punya lah takut, nebes, serabut apa semua fikir nak habis.
Tapi tetiba dah final sem dah, Alhamdullilah.
Bila dikenang kembali perjalanan hidup aku bergelar mahasiswi ni hmmmph.
Banyak betul onak & duri dia, memang berduri-duri lah katako.
Sampai kekadang rasa nak give up, rasa nak berhenti belajar, rasa itu rasa ini.

Aku punya dugaan yang Allah s.w.t bagi dari zaman sekolah sampai universiti ni kan memang mencabar lah weh.
Tapi aku rasa mostly pasal hubungan aku dengan manusia.
Ini aku general kan lah, hubungan itu means dari segala jenis.

Segala jenis? Iyalah, dari segi belajar, kerja, cinta..........

Aku belajar satu perkara, bila hubungan kita dengan Allah s.w.t tak terjaga,
otomatik hubungan kita dengan manusia pun hancur macam dilanda tsunami.
Trust me. Percayalah. Please percaya sebelum aku taip lirik lagu Datuk Siti.
Aku dah alami & aku dah ambil iktibar apa yang berlaku.
Nak cerita apa yang pernah terjadi dalam hidup aku ni hmm baik tak payah lah kan sebab takut ada yang tetiba teresak-esak dalam PTAR ni lol.

Aku dah lalui saat paling sukar, saat yang aku rasa aku useless sangat sampai rasa nak sorok dalam almari tak nak keluar sampai bila-bila,
Sampai cenggitu useless ko Auni hahaha metafora melampau sungguh.
Menangis? Ya Allah tak payah cerita lah kan kalau dah bila stress terlampau menangis mesti tak ingat dunia, 

Tapi.... Itu jugak cara yang betul nak lepaskan apa terbuku dalam hati tau.

Dan sesiapa yang pernah hadir dalam hidup aku, tolong aku, bagi aku semangat untuk terus bangkit, bagi pertolongan dalam apa jua jenis.
Ketahui lah bahawa jasa anda terlalu besar untuk dibalas.
Kalau dikenang balik, ya Allah ramai insan dalam hidup aku yang selalu tolong aku.
Nak disebut nama, memang ramai.
Aku dah tekad, kalau ada rezeki, aku nak hadiahkan sesuatu pada mereka.
Oh, tak lupa jugak pada insan yang ada time senang, time susah ghaib.
Bukan tak ada, tapi ghaib terus.

Tak apa, Allah kan Maha Adil.

Hari ini kita kena, esok lusa dia kena pulak ek.
Tapi apa yang terjadi pun mengajar aku untuk jadi lebih kuat, lebih tabah, lebih strong lah orang kata, girls power sangat.
Aku belajar berdikari, apa aku nak aku cuba dapatkan sendiri.
Aku cuba tak nak bergantung pada orang, selagi aku mampu, aku buat.
Sebab itu lah aku suka lelaki yang berdikari...... Just like me hihi.

Aku pantang jenis lelaki hadap duit mak bapak je,
Then ada hati nak kahwin dengan anak dara orang, eh puii lah.
Sebab itu pada lelaki yang kena reject cuba evaluate diri anda.
Toksah lah dok kata perempuan memilih lah apalah,
Padahal diri sendiri punya salah, haa kan dah marah ni fuh.

Bukan nak simpati atau membangga diri.

Aku pernah kerja bermacam jenis pekerjaan.
Aku akui aku bukan orang kaya, nak apa kena usaha sendiri.
Hidup kita memang tak sama, tapi aku bersyukur.
Sebab apa?
Sebab semua inilah yang ajar aku erti kehidupan. Kalau tak? Tak sedor diri jadinya.
Niat aku satu sahaja, aku tak nak mak abah aku susah sebab aku.
Aku tak nak adik-adik susah sebab aku.
Aku nak diorang hidup senang, jangan rasa macam apa aku pernah rasa.
Sebab itu bila kehidupan kami jadi baik sikit demi sikit, aku bersyukur sangat.
Sebab sekurangnya aku belajar apa itu kesusahan dan kesenangan.

Macam menaip novel pun ada gak, boleh try hantar Karangkraf ni.

Banyak pulak Oni menaip harini ek? Hahahaha
Bila free, idea mencurah macam apa entah.
Okay itulah serba sedikit coretan saya pada kali ini.
Moga bertemu kembali di hari lain ye, bye xoxo.
Salam.


Sis belanja gambar convo diploma satu okay, hashtag jangan curi please.

0 comments: