Sunday, September 18, 2016

Guru Ganti di SMK Dato Haji Talib Karim

Assalammualaikum,

Hi u’olls, entry kali ini aku nak story pasal kisah aku menjadi cikgu ganti or cikgu sandaran di sekolah lama aku iaitu di SMK Dato Haji Talib Karim.
Aku confirm mesti ramai yang tertanya tanya macam mana nak apply jadi cikgu ganti kan?
Nasib baik harini aku off day and tetiba rajin nak update blog kan hehehe.

So first of all,

Aku pergi Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah untuk ambil borang, aku search dekat google pasal cikgu ganti ni so ada yang boleh apply online kan? Then it depends on your daerah lah okay.
Oh btw, aku nak jadi cikgu ganti pun atas suruhan cikgu Azlin and mak aku, kalau tak memang menganggur lah masa tu sebab baru je habis belajar kan.

So lepas isi borang kena Photostat sekali salinan IC, sijil SPM and transkrip diploma/degree then hantar balik dekat PPD.
Almost sebulan lah aku tunggu results, then tetiba ada konflik pulak kan, aku punya application di reject dengan alasan PPD tak ada duit nak bayar gaji cikgu ganti.

Aku tak ada problem pun masa itu sebab fikir hantar pun sebab mak suruh bhahahaha then mak tak puas hati dia call kawan dia, tup tup aku dapat.
Masa itu baru aku sedar yang mak aku ni cable besar rupanya kahkahkahkah.

Then second step, aku dipanggil ke PPD untuk interview session and taklimat sikit pasal kerja sebagai cikgu ganti ni. To be honest, semua soalan masa interview semua aku tak dapat jawab lolz. Teruk gila kot, semua benda time sekolah dulu even rukun negara pun aku lupa.
Tapi pegawai tu relax je, dia cakap “kalau interview sebenar ni, awak memang dah kena reject dah” then dia bagi advice lah supaya jaga attitude, jaga imej sebagai guru and bla bla bla.
Kena ceramah selama sejam okay.

After all the briefing sessions, then aku diberi agreement, kena ambil sign dekat mahkamah sekali, ini semua untuk urusan gaji nanti.
Oh not forget to mention, aku jadi guru ganti gred N17 ye, level based on SPM sebab PPD dah tak bayar gaji diploma/ijazah huhuhuhu tak apalah, nama pun kerja sementara yedok.
Bila gred N17, memang gaji pun bawah RM1000 lah ye awak awak semua, untuk check gaji yang korang akan terima boleh lah search dekat google.
And for pembayaran gaji, segala jenis akaun bank boleh digunakan. That time aku cuma ada Bank Islam, then I used that for my salary payment. Pihak sekolah yang akan uruskan mengenai pembayaran gaji.

Tapi tak payah mimpi lah gaji akan masuk sama macam staff government or cikgu yang lain (masuk gaji 25hb) untuk guru ganti, gaji akan masuk 8hb tau.
So itu je kot untuk hari ini, nanti aku update lagi pasal experience aku dekat sekolah okay, sebab sekarang dah mengantuk, nak short nap kejap kihkihkih.


Much love, xoxo assalammualaikum!

Wednesday, March 16, 2016

Moving On.

Assalammualaikum.

Entri kali ni aku nak share topic mengenai istilah ‘moving on’
Apa yang dimaksudkan dengan definisi moving on untuk korang? Masih berfikir?
Okay pada aku, ia bermaksud berubah kepada fasa yang lain. Tak kesah lah untuk korang apa kan.
Bagi aku, istilah ni selalu digunapakai lepas break/putus dengan bf/gf memasing. Yedok?
Tak terkecuali lah pada aku.

Putus?

Situasi dimana satu hubungan telah pun menemui jalan penamat. Aku dah lali, sangat lali.
Banyak kali dah lalui situasi camtu, dan banyak kali juga aku merasa sakit hati, sedih, kecewa
And bla bla bla…………
At some point, aku dah tak kesah dengan istilah putus or moving on. Macam sekarang.
Rasa kecewa, sedih apa semua tu akan ada, tipulah kalau tak ada kan.
But it only last for one day. Yes, I repeat ONE DAY only.

Eh kenapa?

Sebab aku rasa tak layak untuk kita menangisi orang yang tak layak untuk kita.
Girls, moving on! Lelaki bukan seorang, bukan dua orang malah berjuta.
Yes, I know it hurts but it’s just for a while. Soon or later you gonna be okay, trust me.

Time will heal everything.

Bear in mind girls, you deserve someone who better than him.
And what about me?
Aku akan fokus dalam mengejar cita-cita & impian aku selama ini supaya aku boleh buktikan aku boleh jadi orang terbaik di mata semua orang.
Aku nak menjadi wanita besi seperti cikgu aku dulu.
Tak mudah jatuh kerana lelaki durjana. OMG terasa macam feminist pulak hahahaha.

Semoga segala urusan aku dipermudahkan oleh Allah s.w.t

In shaa Allah, amin.



Tuesday, September 1, 2015

Semester Terakhir Sebagai Pelajar Ijazah Sarjana Muda

Assalammualaikum.

Hai my beautiful blog, lama tak update awak ek.
Okay now aku sedang lepak di library sambil menonton online movie.
Macam relax je kan? Well, today is my first day of practical.
Practical kat mana? Dekat gim FSR UiTM Shah Alam lah.
Dia punya relax sangat sampai first day cuma perjumpaan dengan Prof Zul & kenal serba sikit pasal gim.

That's it. Itu sahaja untuk hari pertama yang hanya berlaku dalam 4 jam.

Hari ke sekian lepas ni maybe ada banyak kerja kot. Itu pun KOT lah.
Bukan kerja gim sahaja no no no, ada 2 kelas yang belum settle plus research.
Hopefully everything gonna be okay, amin.

Tak sangka kan, pejam celik pejam celik dah nak habis degree dah.
Mula-mula dulu punya lah takut, nebes, serabut apa semua fikir nak habis.
Tapi tetiba dah final sem dah, Alhamdullilah.
Bila dikenang kembali perjalanan hidup aku bergelar mahasiswi ni hmmmph.
Banyak betul onak & duri dia, memang berduri-duri lah katako.
Sampai kekadang rasa nak give up, rasa nak berhenti belajar, rasa itu rasa ini.

Aku punya dugaan yang Allah s.w.t bagi dari zaman sekolah sampai universiti ni kan memang mencabar lah weh.
Tapi aku rasa mostly pasal hubungan aku dengan manusia.
Ini aku general kan lah, hubungan itu means dari segala jenis.

Segala jenis? Iyalah, dari segi belajar, kerja, cinta..........

Aku belajar satu perkara, bila hubungan kita dengan Allah s.w.t tak terjaga,
otomatik hubungan kita dengan manusia pun hancur macam dilanda tsunami.
Trust me. Percayalah. Please percaya sebelum aku taip lirik lagu Datuk Siti.
Aku dah alami & aku dah ambil iktibar apa yang berlaku.
Nak cerita apa yang pernah terjadi dalam hidup aku ni hmm baik tak payah lah kan sebab takut ada yang tetiba teresak-esak dalam PTAR ni lol.

Aku dah lalui saat paling sukar, saat yang aku rasa aku useless sangat sampai rasa nak sorok dalam almari tak nak keluar sampai bila-bila,
Sampai cenggitu useless ko Auni hahaha metafora melampau sungguh.
Menangis? Ya Allah tak payah cerita lah kan kalau dah bila stress terlampau menangis mesti tak ingat dunia, 

Tapi.... Itu jugak cara yang betul nak lepaskan apa terbuku dalam hati tau.

Dan sesiapa yang pernah hadir dalam hidup aku, tolong aku, bagi aku semangat untuk terus bangkit, bagi pertolongan dalam apa jua jenis.
Ketahui lah bahawa jasa anda terlalu besar untuk dibalas.
Kalau dikenang balik, ya Allah ramai insan dalam hidup aku yang selalu tolong aku.
Nak disebut nama, memang ramai.
Aku dah tekad, kalau ada rezeki, aku nak hadiahkan sesuatu pada mereka.
Oh, tak lupa jugak pada insan yang ada time senang, time susah ghaib.
Bukan tak ada, tapi ghaib terus.

Tak apa, Allah kan Maha Adil.

Hari ini kita kena, esok lusa dia kena pulak ek.
Tapi apa yang terjadi pun mengajar aku untuk jadi lebih kuat, lebih tabah, lebih strong lah orang kata, girls power sangat.
Aku belajar berdikari, apa aku nak aku cuba dapatkan sendiri.
Aku cuba tak nak bergantung pada orang, selagi aku mampu, aku buat.
Sebab itu lah aku suka lelaki yang berdikari...... Just like me hihi.

Aku pantang jenis lelaki hadap duit mak bapak je,
Then ada hati nak kahwin dengan anak dara orang, eh puii lah.
Sebab itu pada lelaki yang kena reject cuba evaluate diri anda.
Toksah lah dok kata perempuan memilih lah apalah,
Padahal diri sendiri punya salah, haa kan dah marah ni fuh.

Bukan nak simpati atau membangga diri.

Aku pernah kerja bermacam jenis pekerjaan.
Aku akui aku bukan orang kaya, nak apa kena usaha sendiri.
Hidup kita memang tak sama, tapi aku bersyukur.
Sebab apa?
Sebab semua inilah yang ajar aku erti kehidupan. Kalau tak? Tak sedor diri jadinya.
Niat aku satu sahaja, aku tak nak mak abah aku susah sebab aku.
Aku tak nak adik-adik susah sebab aku.
Aku nak diorang hidup senang, jangan rasa macam apa aku pernah rasa.
Sebab itu bila kehidupan kami jadi baik sikit demi sikit, aku bersyukur sangat.
Sebab sekurangnya aku belajar apa itu kesusahan dan kesenangan.

Macam menaip novel pun ada gak, boleh try hantar Karangkraf ni.

Banyak pulak Oni menaip harini ek? Hahahaha
Bila free, idea mencurah macam apa entah.
Okay itulah serba sedikit coretan saya pada kali ini.
Moga bertemu kembali di hari lain ye, bye xoxo.
Salam.


Sis belanja gambar convo diploma satu okay, hashtag jangan curi please.

Tuesday, June 9, 2015

Hati

Assalammualaikum.

Hai semua, lama tak update blog erm macam biasalah hidup sebagai pelajar.
Hari-hari busy sampai tak ada masa untuk laman sosial.
Apatah lagi masalah hati kan?
Banyak lagi benda penting nak fikir dari fikir pasal hati.
Sebab apa tak penting?

Yelah. Makin fikir. Makin sakit hati. Padahal hati untuk dicintai. Bukan begitu?

Kenapa makin hari aku makin keliru dengan apa aku rasa?
Kenapa hati aku sendiri diduga dengan sebegitu rupa.
Keliru dengan apa yang aku mahu.
Yang disana atau disini hm moga tabah.

Ya Allah tolong permudahkan aku untuk tetapkan hati.
Pada satu-satunya yang layak. Iya pada yang layak.
Bukan untuk sementara saja. Zaman itu sudah lama berlalu.
Moga ditetapkan hati untuk memilih. Insha Allah.
Selamat malam.