Friday, November 8, 2013

Stalker.

Assalammualaikum.

Firstly nak habaq mai yang ceq dah tukaq header hehehe cun dak?
Excited nak hias blog almaklumlah dah berkurun tak menaipkan hihihiks.
Okay okay mari proceed pada benda yang aku nak story k.

Stalker? Eh ada apa dengan stalker?

Emmmmm mula mula aku nak tanya pernah tak korang jadi stalker?
Stalker crush ke? Stalker artis ke? Stalker sesiapalah kan. Ada?
Jujurnya aku pun ada. Dan kekadang aku rasa aku dah jadi stalker tegar dia.
Well that's normal okay nak nak orang yang kita sayang/bf/gf.
Dannnnnnnn normal jugak bila ada orang stalk kita even kita tak tahu menahu
kenapa dia stalk kita kan hehehehehe.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ada benda yang tak normal emmmm. Ada ke?

Kes stalker ni jadi tak normal bila kita jadi stalker yang SANGAT tegar.
Yang jenis stalk segala benda yang ada dekat laman sosial ni.
Sampaikan pihak yang di'stalk' rasa rimas rasa tak selesa rasa nak maki je.
Okay itu sangat tidak normal ye kengkawan.

And to be honest aku pun pernah jadi stalker tegar. Ye memang pernah.
Sebabnya? Aku suka tengok gambar orang cantik dengan hijab dia.
Suka tengok style dia. Suka tengok dia gayakan hijab dia.
So tak heranlah kalau instagram aku penuh dengan following hijabster.

Okay itu sebab kenapa aku suka stalk orang.

Tapi sebab kau? Mungkin lain dari aku tapi takpe itu pendapat masing masing.
Cuma 1 je yang aku nak sampaikan pada stalker tegar ni ye.
Kita hidup dalam dunia Allah S.W.T ni penuh dengan pelbagai ragam orang.
Ada orang macam tu perangai dia ada orang macam ni perangai dia.
Pelik kan? hehehehe tapi setiap manusia dijadikan dengan keistimewaan dia.

Sooooo kita kena terimalah dgn apa yg Allah S.W.T dah tetapkan pada kita.
Kau stalk dia sbb kau rasa dia cantik? Tapi kau pun cantik cuma tak nampak.
Kau stalk sbb kau suka dia? Emmm boleh tapi jgn keterlaluan.
Kau stalk sbb kau benci dia? Aik kalau benci jgn stalk hehehehe.
Okaylah lagi panjang lagi melalut rasanya.
For the conclusion setiap perbuatan kita haruslah difikir dulu baik dan buruknya. Jangan main hentam kromo je ye kengkawan.
Nanti buruk padahnya. Siapa susah? Ekao jugak yang susah jang haa.
Okay take care. Salam.

0 comments: